KATA-KATA ALUAN OLEH YANG BERUSAHA
ENCIK SHAH NIZAM BIN IDRIS
PENGERUSI PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SOSIAL
SENTUL PASAR, KUALA LUMPUR
SEMENJAK saya dilantik sebagai Pengerusi PEKESEP, saya telah menanam niat di dalam hati bahawa saya ingin membantu warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang bermasalah supaya suara mereka didengari oleh pihak yang berwajib.
Pertubuhan telah berumur 15 tahun dan telah matang dalam pelbagai hal demi menguruskan program-program, aktiviti-aktiviti dan masalah yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh penduduk WPKL.
Pihak pertubuhan amat menitikberatkan kebajikan para penduduk WPKL dan perpaduan antara kaum dikalangan penduduk WPKL. Oleh itu, banyak program serta aktiviti yang telah dan akan dirancangkan bagi merealisasikan misi kami.
Jika kita melihat statistik bancian tahun 2015 di dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 24 peratus adalah terdiri dari warga emas, 18 peratus adalah ibu tunggal dan 4 peratus adalah orang kurang upaya.
Justeru itu, pihak pertubuhan ingin membantu mereka dengan memberi bantuan berupa wang ringgit dan barangan dapur dari tajaan pihak syarikat korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun bagi meringankan beban yang mereka tanggung.
Dengan terlaksananya impian dan misi kami bagi meringankan beban masyarakat WPKL dan juga mengeratkan perpaduan di antara kaum, pihak pertubuhan berharap agar kita boleh bekerjasama dan saling bantu membantu bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan masyarakat.
Harapan juga diletakkan di atas kerjasama pihak DBKL, badan berkanun, ahli parlimen, syarikat korporat dan badan - badan NGO supaya dapat mencapai misi pertubuhan.
SHAH NIZAM BIN IDRIS
PENGERUSI PEKESEP
9W2NIY